Jumaat, 30 November 2012

1)sAiNs & tEkNolOgi seBeLUm iSlaM

Asal-usul Perubatan Mesir Purba
Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik di zaman Mesir purba amat mengagumkan. Banyak hasil penemuan yang menghairankan ahli-ahli arkeologi kerana tiada sejarawan yang menjangka teknologi tinggi seperti itu dari peradaban yang wujud dalam tahun 3,000 BC.
Analisis X-ray ke atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di zaman Mesir purba.43 Tambahan pula, operasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih profesional. Apabila tengkorak mumia yang menjalani pembedahan diperiksa, didapati bahawa pemotongannya telah dilakukan dengan kemas. Tulang tengkorak yang kembali bercantum membuktikan yang pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan tersebut.44
Satu lagi contoh dalam bidang perubatan. Kemajuan yang besar dicapai pada kurun ke-19 berdasarkan perkembangan pantas dalam sains ujikaji, termasuk penemuan antibiotik. Walau bagaimanapun, perkataan 'penemuan' tidak seberapa tepat kerana kebanyakan teknik berkenaan telah diketahui oleh masyarakat Mesir purba.45


The body of the Egyptian Pharaoh Tutankhamen was preserved inside two coffins, one inside the other.
Bukti penting berkaitan kemajuan masyarakat Mesir dalam bidang sains dan anatomi boleh dilihat pada mumia-mumia yang mereka tinggalkan. Mereka menggunakan ratusan teknik berbeza dalam proses yang membolehkan tubuh hidupan disimpan untuk ribuan tahun.
Proses mumifikasi adalah sangat kompleks. Pertama, otak dan organ dalaman mayat dikeluarkan dengan alatan khas. Peringkat seterusnya melibatkan penyahhidratan tubuh selama 40 hari dengan menggunakan natron. (Natron adalah sejenis garam mineral, kandungan utamanya adalah campuran sodium bikarbonat dan sodium karbonat dengan sedikit sodium klorida dan sodium sulfat.) Selepas cairan berlebihan dalam badan dikeluarkan, rongga badan kemudian dipenuhkan dengan kain linen, pasir atau habuk kayu. Kulit disapukan dengan campuran herba khas dan seterusnya dilapis dengan cairan damar untuk melindunginya. Akhir sekali, tubuh tersebut dibungkus dengan balutan kain linen. 46
Mummification, carried out without damaging the shape of the body and by extracting all the deceased's internal organs, shows that those who performed it possessed a sufficient knowledge of anatomy to know the position of all the various organs.
Quite apart from the techniques of mummification, the Egyptians of 5,000 years ago enjoyed a wide range of other medical sophistication. For example: 

The Smith Papyrus, which describes how the ancient Egyptians used bandages made out of linen.
Paderi Mesir yang terlibat dalam perubatan merawat banyak penyakit di kuil mereka. Seperi juga hari ini, ramai doktor Mesir yang mengkhusus dalam pelbagai cabang perubatan. Setiap doktor memberi perkhidmatan mengikut kepakaran masing-masing.
Para doktor di Mesir dikawalselia oleh Negara. Sekiranya pesakit gagal untuk sembuh atau meninggal dunia, kerajaan akan menyiasat puncanya dan menentukan sama ada cara rawatan yang digunakan oleh doktor bersesuaian dengan undang-undang. Jika didapati berlaku kesilapan semasa rawatan, doktor tersebut akan didenda mengikut rangka perundangan yang ditetapkan.
Setiap kuil memiliki makmal yang serba lengkap di mana ubatan disedia dan disimpan.
Kejayaan pertama dalam farmakologi, dan penggunaan balutan dan tekapan, bermula di zaman Mesir purba. Papirus Smith (yang sepenuhnya berkaitan dengan perubatan) menerangkan bagaimana jalur perekat linen - bahan yang sesuai untuk membuat balutan - digunakan untuk menutup luka.
Penemuan arkeologi telah mendedahkan satu gambar terperinci berkenaan  amalan perubatan di Mesir. Tambahan pula, nama dan gelaran lebih daripada 100 orang doktor yang mengkhusus dalam bidang masing-masing telah ditemui.
Ukiran timbul pada dinding sebuah kuil di Kom Ombo menunjukkan ukiran sebuah kotak peralatan pembedahan. Kotak ini mengandungi kekacip logam, pisau bedah, gergaji, kuar, spatula, cangkuk kecil dan angkup.
Teknik-teknik yang digunakan adalah pelbagai. Bukaan dan retakan ditetapkan, splin digunakan dan luka ditutup dengan jahitan. Retakan yang berjaya sembuh selepas rawatan boleh dijumpai pada kebanyakan mumia.
Walaupun tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia, terdapat 13 rujukan kepada jahitan pembedahan pada Papirus Smith. Ini membuktikan bahawa masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan dengan baik dan menggunakan benang linen. Jarum dalam segala kemungkinan diperbuat daripada tembaga.
Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak berkuman dan yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak kambing gurun, minyak fir dan kacang pis hancur untuk membersih luka yang dijangkiti.
Penisilin dan antibiotik hanya ditemui baru-baru ini. Walau bagaimanapun, masyarakat Mesir purba telah menggunakan versi organik pertama ubatan ini dan juga jenis-jenis antibiotik yang lain, serta menulis penerangan bersesuaian untuk pelbagai jenis penyakit.47
Seiring dengan perkembangan besar dalam bidang perubatan, penggalian juga telah mendedahkan bahawa mereka sangat berminat dalam perkara seperti perancangan bandar dan senibina.

Perkembangan Ilmu Kaji Logam Di Mesir Purba
Secara asasnya, ilmu kaji logam merupakan cabang sains dan teknologi yang melibatkan penapisan daripada bahan-bahan kasar, pembentukan dan pemeliharaan pelbagai jenis logam dan sebatiannya. Kajian terhadap tamadun Mesir purba menunjukkan bahawa sekitar 3,000 dan 3,500 tahun dulu, masyarakat Mesir merupakan pakar dalam pengekstrakan dan penghasilan pelbagai mineral dan logam, terutamanya emas, tembaga dan besi. Ilmu kaji logam yang jauh berkembang membuktikan bahawa mereka lebih maju dalam pencarian, pengekstrakan dan penghasilan bijih, serta mempunyai ilmu kimia yang baik.
(1, 2) Finely worked pectorals of the king, crafted of gold, silver and semi-precious stones
(3) A pair of finely crafted sandals
(4) A small, long-spouted pitcher made of hard gold still maintains its strength and brightness.
Kajian arkeologi telah mendedahkan bahawa masyarakat Mesir telah mula menghasilkan kerja terperinci berkenaan bijih tembaga dan sebatian logam sekitar 3,400 SM Dalam Dinasti Keempat (sekitar 2,900 SM), kajian dan operasi perlombongan diawasi oleh pegawai-pegawai berkedudukan tinggi dan dipercayai dikawal selia oleh anak-anak Firaun.
Masyarakat Mesir purba juga menggunakan besi sebagai tambahan untuk tembaga. Timah digunakan untuk menghasilkan gangsa, dan kobalt untuk mewarna kaca. Logam yang tidak terdapat secara semulajadi di Mesir telah diimport dari wilayah lain, terutamanya Parsi.

(5) This golden ornament found at the neck of Tutankhamen's mummy contains very fine gold workmanship; around 150 other jewels were found on the same mummy.
(6) A gold-plated wooden chest set on a silver-plated sledge
(7) A pectoral made of gold, lapis lazuli and turquoise, discovered at Tanis. The fine workmanship in the jewels shows that sophisticated goldsmith's tools were employed. In the absence of such equipment, such fine workmanship is impossible. The quality and delicacy of Egyptian gold workmanship is equal to that of the present day.
Logam yang sering digunakan dan paling dihargai adalah emas. Ratusan lombong emas telah ditemui di Mesir dan sebahagian Sudan. Sekeping papirus kurun ke-14 sebelum Masihi mengandungi pelan-pelan lombong emas berhampiran Apollinopolis, sekaligus membuktikan kemahiran masyarakat Mesir berkaitan bidang berkenaan. Papirus tersebut menerangkan tentang pembinaan lebih daripada 1,300 buah kediaman pekerja di sekitar lombong. Ini menjelaskan tentang kepentingan pertukangan emas dan seni permata hiasan dalam Mesir kuno. Sesungguhnya, ratusan objek emas hiasan yang ditemui dalam penggalian arkeologi adalah bukti bahawa masyarakat Mesir purba merupakan pelombong dan pekerja logam yang pakar.
Ini juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan saintifik dan teknologi yang diperlukan untuk mengenal pasti logam, mengekstrak bijih daripadanya, menghaluskan logam dan mengekstraknya, kemudian menggabungkannya untuk menghasilkan aloi.

Perancangan Bandar Dan Infrastruktur Mesir Purba
Iklim yang kering telah meninggalkan banyak petunjuk berkaitan tamadun Mesir, sekaligus membuktikan bandar Mesir kuno telah mempunyai kemudahan asas yang jauh berkembang.

One indication of the Egyptians' advanced civilization is doubtless their knowledge of architecture and engineering.
Infrastruktur yang maju itu menunjukkan bahawa mereka yang membina bandar-bandar berkenaan pastinya telah memiliki ilmu yang mendalam tentang kejuruteraan dan senibina. Berapa dalam tapak bawah tanah perlu digali, di mana gelegar sokongan perlu diletakkan, bagaimana untuk merancang sistem pengudaraan yang efektif, aturan laluan untuk air bersih dan kotor agar tidak bercampur, dan banyak lagi perincian yang perlu dipertimbangkan. Paling penting, tiada ruang untuk sebarang kesilapan dalam semua perkara tersebut. Masyarakat Mesir purba tahu kesemua teknik yang diperlukan, dan bangunan-bangunan yang mereka dirikan membuktikan perkara ini.
Teknik-teknik senibina yang mereka aplikasikan di masa 3,000 BC amat profesional dan bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai kesukaran dan masalah berkenaan infrastruktur. Air merupakan antara elemen terpenting untuk negara kering seperti Mesir. Kenyataannya, mereka berjaya menemui penyelesaian terbaik berhubung masalah ini, iaitu dengan menyertakan tangki bina dalam untuk menyimpan air.
Simpanan air yang banyak ditemui di kawasan oasis Fayum merupakan sebahagian daripadanya. Masyarakat Mesir juga membina beberapa tasik buatan untuk memastikan kelangsungan kehidupan di bahagian-bahagian tertentu. Tasik-tasik kecil yang menerima air dari Sungai Nil ini memungkinkan kewujudan peradaban yang maju di tanah gersang Mesir. Mereka membina Tasik Moeris, yang terletak 80 kilometer (50 batu) di barat daya Cairo hari ini, bertujuan untuk menakung air dari Sungai Nil melalui terusan. Penempatan dan rumah ibadat telah didirikan berhampiran takungan ini.48
Pengetahuan masyarakat Mesir dalam bidang kejuruteraan, perancangan bandar dan perubatan serta bagaimana ia harus diaplikasikan merupakan sebahagian bukti berkaitan tamadun gemilang yang pernah mereka miliki.
Pengetahuan dan tindakan yang mereka laksanakan sekali lagi menolak pendapat bahawa masyarakat berkembang daripada peringkat primitif kepada tahap bertamadun. Masyarakat yang hidup 5,000 tahun lalu memiliki tahap peradaban yang jauh lebih maju daripada sesetengah komuniti yang hidup di negara yang sama pada hari ini, sesuatu yang tidak mampu dijelaskan dari segi 'perkembangan evolusi'. Semasa masyarakat Mesir purba menikmati peradaban gemilang mereka, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat lebih banyak komuniti yang hidup dalam keadaan serba mundur di Afrika dan lain-lain bahagian di dunia. Tetapi tiada seorang pun di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri yang kurang daripada manusia, apatah lagi sifat-sifat seperti beruk. Masyarakat Mesir, mereka yang hidup dalam keadaan primitif pada masa yang sama, termasuk juga komuniti yang hidup ratusan ribu tahun dahulu, telah sekian lama sememangnya manusia seperti hari ini dalam segala aspek. Walaupun sebahagian komuniti mungkin hidup serba maju dan sesetengah lagi hidup penuh kekurangan, tetapi ini tidak membuktikan bahawa manusia berasal daripada beruk atau pun sebuah bangsa berkembang daripada bangsa lain, seperti mana yang didakwa oleh para evolusionis. Tafsiran seumpama itu hanya sekadar penyimpangan sains, kewarasan dan logik.
Pencapaian Matematik Yang Lebih Unggul

Nombor telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba sejak dari awal lagi. Banyak papirus dari tahun 2,000 SM yang menerangkan masalah matematik telah ditemui. Empat daripadanya yang sering menjadi rujukan dikenali sebagai serpihan Kahun, dan papirus Berlin, Moscow dan Rhind. Dokumen-dokumen berkenaan menyatakan beserta contoh tentang asas-asas pengiraan. Mereka tahu bahawa segitiga dengan sisi berukuran 3:4:5 adalah segitiga tepat, dan menggunakan pengetahuan ini (kini dikenali sebagai Teorem Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan mereka.51
Tambahan pula, mereka tahu perbezaan antara planet dengan bintang Mereka memasukkan beberapa bintang yang sukar dilihat dengan mata kasar ke dalam senarai kajian astronomi mereka. Oleh kerana hidup mereka bergantung kepada Sungai Nil, mereka perlu memeriksa parasnya semasa banjir tahunan berlaku. Meraka mencipta 'Nilometer' untuk mengukur aras ketinggian air sungai, serta melantik beberapa pegawai untuk tugas itu.52

Rujukan
43. Moustafa Gadalla, Historical Deception: The Untold Story of Ancient Egypt, Bastet Publishing, Erie, Pa., USA, 1996, pp. 295, 296.http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
44. Interview with Dr. Zahi Hawass, Director of the Pyramids, http://www.pbs.org/wgbh/nova/pyramid/excavation/hawass.htmlhttp://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
45. Gadalla, Historical Deception, p. 296http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
46. http://www.amonline.net.au/teachers_resources/ background/ancient_egypt04.htmhttp://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
47. Afet İnan, Eski Mısır Tarihi ve Medeniyet (Ancient Egyptian History and Civilization), Ankara: Türk Tarih Kurumu Basımevi, 1956, p. 318.http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
48. Ibid., p. 87.http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
51. Moustafa Gadalla, Egyptian Harmony: The Visual Music, NC: Tehuti Research Foundation, 2000, p. 64.http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif
52. http://www.waterhistory.org/histories/cairo/http://www.harunyahya.com/imageshas/uparrow.gif

http://ms.harunyahya.com/ms/works/20619/zaman-batu-satu-pembohongan-sejarah/chapter/10507#dipnot

1 ulasan:

  1. Mesir purba yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman merupakan antara peradaban manusia yang paling mengagumkan dari sains dan teknologi, serta tidak mustahil mereka merupakan sumber yang diwarisi oleh sesetengah masyarakat primitif. Pencapaian masyarakat Mesir masih belum dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Peradaban Mesir purba yang menempa pelbagai kejayaan hebat terutamanya dalam bidang perubatan, anatomi, perancangan bandar, senibina, seni halus dan tekstil, kini terus dikaji oleh ramai saintis dengan keterujaan dan ketakjuban. Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik di zaman Mesir purba amat mengagumkan.

    BalasPadam